Terkini

Harga Tepung Meningkat Menjelang Ramadan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA TERENGGANU, 23 Mac 2022 – Harga borong bagi pembelian sekotak tepung gandum dijangka akan meningkat melebihi RM23.50 menjelang Ramadan yang akan tiba seminggu lagi dan berlarutan sehingga Aidilfitri, lapor Kosmo.

Hidayah, 43 yang merupakan seorang pemborong bahan pembuatan kek dan kuih mendakwa bahawa pembekal sudah mula memberi bayangan mengenai hal ini ketika beliau mula melakukan tempahan stok.

BACA: Naikkan Harga Atau Tiga Juta Telur Tiada Ramadhan Ini — Lee Yoon Yeau 

BACA: Harga Makanan Berasaskan Ayam Dijangka Naik Pada Ramadan

BACA: Kambing Aqiqah Harga Yahudi – Netizen

“Selain itu, kenaikan mendadak dan kekurangan tepung gandum terutama jenis berprotein tinggi disebabkan ia tidak bersubsidi.”

“Kami pembeli syak monopoli pembekal juga antara punca kerana pembekal tepung mempunyai kawalan besar terhadap bekalan ekoran ketiadaan persaingan,” ujar beliau.

Hidayah mengakui bahawa beliau tetap merasa serba salah terhadap pelanggan dari kalangan pengusaha kek dan kuih raya yang mengeluh akan kenaikan harga tepung gandum ini sejak lebih sebulan yang lalu.

Menurut Kosmo, isu kenaikan harga tepung berprotein tinggi ini turut akan memberi kesan dan memeningkan kepala peniaga susulan dari harga kuih-muih yang perlu dinaikkan.

Pengusaha kuih raya, Tengku Amir Amri Tengku Ishak, 37 berkata, beliau sedang berada dalam dilema untuk mengambil tempahan dari pelanggan berikutan dari Ramadan yang hampir tiba.

“Peningkatan harga bahan seperti tepung gandum dan lain-lain amat membebankan.”

Jika menaikkan harga kuih raya, kasihan kepada pelanggan, kalau harga kekal pula, saya pula tiada untung,” kata beliau.

Seorang suri rumah, Azlina Aziz, 40, dari Ipoh turut menyatakan harapan beliau agar kenaikan yang akan berlaku tidake keterlaluan.

“Ada juga rakan-rakan peniaga kuih dan makanan merungut tepung naik harga.”

“Pada saya peniaga sepatutnya tidak terkesan kerana mereka menjual dan mendapat keuntungan, jadi sikit-sikit naik harga itu tidak terkesan sangat,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: