Tempatan

Hartanah Mahal, Ramai Rakyat Malaysia Pilih Tinggal Bersama Ibu Bapa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 September 2022 – “Orang tanya kenapa saya tak mahu berdikari dan sebagainya. Tetapi suami saya sahaja yang bekerja. Kami tak mampu lagi nak beli rumah setakat ini. Kami perlukan lebih masa untuk menyimpan duit dan stabilkan keadaan kewangan sebelum fikir kami boleh fikir tentang perkara ini.”

Ini antara luahan dari seorang suri rumah kepada sebuah portal tempatan apabila ditanya mengapa beliau memilih untuk tinggal menetap di rumah ibu bapanya walaupun sudah mempunyai suami dan anak-anak.

Perkara sama juga berlaku kepada pemandu bas kilang, Hassan Basri yang menumpang dan berkongsi flat dua bilik dengan ibu bapanya dan seorang ibu saudaranya.

“Tiada siapa yang percaya bila saya kata tinggal bersama mak ayah di umur macam ni. Sebab itu saya masih belum berkahwin sehingga sekarang, tidak mampu untuk sara keluarga.”

“Kadar bayaran yang tinggi tidak memadai dengan upah saya sebagai pemandu bas kilang yang meraih pendapatan kurang RM2000 sebulan,” luahnya lagi.

Masalah ini bukan sahaja dihadapi oleh mereka, tetapi juga kepada golongan muda masa kini yang tidak mampu untuk membeli rumah atas sebab kewangan.

Statistik Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum pandemik COVID-19 mendedahkan, jumlah rakyat Malaysia yang tidak mampu membeli rumah berasaskan nilaian harga semasa adalah sangat serius mengikut piawaian standard antarabangsa.

Menurut syarikat perunding hartanah terkemuka Asia, PropertyGuru melalui Kajian Sentimen Pengguna Separuh Kedua 2022 pula menyatakan, 51% rakyat negara ini tidak layak untuk skim perumahan mampu milik Kerajaan dan tidak mampu membeli hartanah tanpa bantuan kewangan.

Ditambah pula dengan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR), bakal pembeli rumah dijangka akan terus berdepan dengan krisis kemampuan dan kebimbangan terhadap kadar inflasi yang berterusan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: