Tempatan

Nabi Adam AS Ada Intellectual Capacity Untuk Terima Wahyu & Ajaran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Februari 2023 – Allah SWT menciptakan Nabi Adam AS dengan kebolehan intelektual yang tinggi, yang berbeza dengan makhluk sebelumnya untuk menerima wahyu dan menyampaikan ajaran Islam.

Perkara itu dijelaskan oleh Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Solehah Yaacob ketika sesi pembentangan pada forum ‘Peradaban Alam Melayu’ baru-baru ini.

BACA JUGA: Khitan Cara Islam Selamat, Tidak Jejas Hal Hawa – Mufti Pulau Pinang

BACA JUGA: Gempa Bumi Turkiye-Syria: 20 Banduan Berjaya Lolos

BACA JUGA: Saudi Perluas Tanah Perkuburan Bukan Islam

Menerangkan dengan lebih terperinci berkenaan Alam Melayu, beliau berkata tamadun itu bermula sesudah wujudnya Nabi Adam AS dan ia dibuktikan dengan kajian yang dibuat oleh ahli arkeologi, geologi dan ahli-ahli Sejarah lain yang memaklumkan bahawa tamadun Mesopotamia hanya bermula pada 8000 atau 9000 BC (Sebelum Masihi).

Justeru, orang yang mengetuai Alam Melayu adalah daripada salasilah Nabi Adam AS, iaitu manusia yang sebenar yang diciptakan Allah SWT untuk menyebarkan agama Tauhid dan menggarap agama Tauhid itu melalui kitab-kitab suci yang diturunkan kepadanya.

“Sekiranya berlainan bangsa, makhluk sudah tentu tidak mampu membincang apa yang diarahkan oleh Allah SWT untuk menyebarkan agama Tauhid.”

Dengan diciptakan Nabi Adam AS yang membawa kepada intelektual, kebolehan berbahasa dan boleh menganalisa sesuatu telah melahirkan satu tamadun besar manusia di atas muka bumi ini.

Seterusnya, bagaimana agama Tauhid yang diutuskan kepada Nabi Adam AS sampai ke Alam Melayu adalah melalui agama Nabi Ibrahim AS, ujar Profesor Dr Solehah Yaacob.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: