Tempatan

Kenyataan Permohonan Maaf Muhammad Al Hanif Bin Mah Hassan Kepada Dr Kamarul Zaman Yusoff

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Saya, Muhammad Al Hanif bin Mah Hassan adalah pemilik akaun Facebook di bawah nama “Muhammad Al Hanif Hassan” dan merupakan pengarang kepada hantaran bertarikh 28.04.21 yang diterbitkan di akaun Facebook saya yang berbunyi:

“Nasib baik puasa. Sungguh aku puasa.

Ada juga dua tiga kerat agamawan yang masih percaya pada Kamarul ni. Lekeh sangat ke akal tu?

Cakap bab hadis, cakap Usul Fiqh, cakap muamalat berdegar tapi benda simple macam ni pun tak boleh fikir.

Hinggakan budak tu jadi mangsa fitnah agamawan pseudo akademia penunggang agama.

Ada yang tahap PhD pon lekeh betul. Jenis pemikiran macam sentimen BMF hari tu lah. Sampai mangsa kena bersama buat sidang media khas untuk menafikan fitnah.

Raja Perlis pon si Kamarul ni nak fitnah? Lepas tu delete status.

Macam mana orang nak respect agamawan, kalau macam ni dangkal akal?”

Saya dengan rendah diri, ikhlas dan suci hati tanpa sebarang paksaan dan tanpa pengakuan terhadap liabiliti memohon maaf kepada Dr. Kamarul Zaman bin Hj. Yusoff kerana hantaran saya bertarikh 28.04.2021 tersebut adalah tidak benar terhadap Dr. Kamarul dan telah mengguris perasaan dan/atau mengaibkan nama Dr. Kamarul.

Saya juga menarik balik dan akan memadam hantaran saya bertarikh 28.04.2021 tersebut serta berjanji tidak akan menerbitkannya kembali atau menerbitkan apa-apa kenyataan yang seumpama dengannya pada masa hadapan.

MUHAMMAD AL HANIF BIN MAH HASSAN

Pautan Asal: Facebook Kamarul Yusoff 

*Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my*

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: