Antarabangsa

Azan Kembali Berkumandang Di Permata Azerbaijan Setelah 28 Tahun Dijajah

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

AZERBAIJAN, 11 November 2021 – “Kita telah membebaskan tanah kita dari cengkaman penjajah melalui pengorbanan dan perjuangan orang-orang kita, tentera-tentera kita dan pegawai-pegawai kita. Hari ini, saya sekali lagi memberikan tunduk hormat kepada para syuhada kita.”

“Setelah 28 tahun, laungan azan akan kembali bergema di Shusha. Wahai Shusha, kamu telah bebas! Wahai Shusha, kami telah kembali! Wahai Shusha, kami akan menghidupkan anda semula! Shusha milik kita! Karabakh milik kita! Karabakh adalah Azerbaijan!”

Kata-kata keramat Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev pada tarikh 8 November 2020 ini akan tersemat dalam memori penduduk Azerbaijan buat selama-selamanya.

Ini kerana, pada hari itu, Azerbaijan berjaya membebaskan sebahagian tanah air mereka daripada cengkaman penjajah Armenia dalam peperangan Nagorno-Karabakh yang berlangsung selama 44 hari.

Dalam peperangan tersebut, tentera Azerbaijan berjaya membebaskan Jabrayil, Fuzuli, Zangilan, Gubadli dan Shusha-Karabakh yang merupakan sebuah tempat istimewa dan penting bagi sejarah dan budaya Azerbaijan.

Agorno-Karabakh terletak di Azerbaijan tetapi berada di bawah kawalan pasukan etnik Armenia yang disokong oleh pemerintah Armenia sejak tahun 1994 pada akhir perang pemisah berikutan pecahnya Kesatuan Soviet tiga tahun sebelumnya.

Wilayah di pergunungan Caucasus seluas 4,400 kilometer persegi itu terletak kira-kira 50 kilometer dari sempadan Armenia.

Tahun ini merupakan sambutan ulang tahun pertama Hari Kemenangan Azerbaijan. Presiden Ilham mengisytiharkan tarikh ini sebagai Hari Kemenangan di Republik Azerbaijan melalui perintah yang ditandatanganinya pada 3 Disember 2020.

Rakyat Azerbaijan meraikan ulang tahun pembebasan mereka dengan berarak bersama-sama tentera-tentera merentasi ibu kota Azerbaijan, Baku sambil membawa bendera kebangsaan sepanjang 440 meter.

“Kita telah mengembalikan maruah kita. Kita akan hidup selama-lamanya sebagai sebuah negara dan masyarakat yang berjaya dan gemilang,” kata Ilham.

“Sejarah ini akan hidup buat selamanya. Ini adalah tarikh kemenangan dan kegemilangan kita. Dan kita memenanginya melalui pertempuran di medan perang, bukan di meja rundingan.”

Pertempuran Nagorno-Karabakh telah meragut sekitar 6,000 nyawa. Jun baru-baru ini, Azerbaijan membebaskan 15 tawanan perang Armenia yang ditahan sebagai pertukaran peta 97,000 periuk api ‘anti-meriam’ dan ‘anti-tentera’ di daerah Agdam, antara wilayah yang diserahkan Armenia kepada Baku.

Leave a Reply

Back to top button