Tempatan

KP Amanah Mohon Maaf Kepada Dr Kamarul

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Sungai Besar, 29 Oktober 2021 – Ketua Pemuda Amanah Sungai Besar, Ahmad Zhafri Md Noor telah mengeluarkan satu kenyataan memohon maaf kepada Dr Kamarul Zaman bin Haji Yusoff susulan 3 kenyataan fitnah yang diterbitkan di laman Facebook beliau pada 18, 27 dan 28 April 2021 lepas.

Ahmad Zhafri Md Noor yang juga merupakan AJK Pemuda Pakatan Harapan Parlimen Sungai Besar menarik balik segala dakwaan yang telah dibuat terhadap Dr Kamarul Zaman, memadamkannya daripada laman Facebook beliau dan berjanji untuk tidak membuat apa-apa tuduhan yang seumpamanya terhadap Dr Kamarul Zaman pada masa hadapan.

Dalam kenyataan itu juga, Ahmad Zhafri mengakui bahawa segala fitnah tersebut adalah tidak benar. Antara kenyataan yang dimuatnaik dalam permohonan maaf di Facebook beliau seperti yang boleh dibaca adalah:-

(a) Dr Kamarul Zaman tidak mempunyai mentaliti pengalah (loser mentality);
(b) Dr Kamarul Zaman tidak memainkan sentimen perkauman;
(c) Dr Kamarul Zaman tidak takut orang Cina memberi bantuan kepada orang Melayu;
(d) Dr Kamarul Zaman tidak menuduh orang Cina ada agenda menarik sokongan orang Melayu;
(e) Dr Kamarul Zaman tidak berpewatakan rasis dan memalukan;
(f) Dr Kamarul Zaman tidak membuat perlakuan bebal di bulan Ramadhan;
(g) Dr Kamarul Zaman tidak membelanjakan wang untuk memuaskan egonya yang tidak memberikan imej yang baik terhadap Islam;
(h) Dr Kamarul Zaman tidak bersungguh mencari kelemahan orang lain yang berbeza politik, bangsa dan agama dari beliau;
(i) Dr Kamarul Zaman tidak meniup fitnah yang mengapi-apikan sentimen perkauman;
(j) Dr Kamarul Zaman tidak bersifat jahat dan suka timbulkan ketegangan antara kaum dan agama; dan
(k) Dr Kamarul Zaman tidak berbohong dan menyebarkan fitnah.

Sepertimana yang dipetik daripada hantaran yang sama, Ahmad Zhafri juga mengambil kesempatan “Memohon maaf atas kecederaan, kehilangan dan mudarat pada diri Dr Kamarul Zaman secara peribadi dan pada reputasinya dalam kapasiti peribadi dan profesional beliau serta atas kesusahan dan kegelisahan yang dialami oleh beliau ekoran daripada dirinya.”

Beliau turut kesal dengan keterlanjuran tersebut dan mengakui membuat status-status tersebut dalam keadaan kekurangan maklumat yang ada di samping terpengaruh dengan bacaan di portal-portal berita dan status-status media sosial.

Di Facebook, Dr Kamarul Zaman turut menzahirkan kesyukuran di atas permohonan maaf yang dibuat oleh Ahmad Zhafri.

“Alhamdulillah, hari ini, 29 Oktober, seorang lagi pemimpin Pemuda AMANAH, iaitu Ahmad Zhafri Md Noor, yang merupakan Ketua Pemuda AMANAH Sungai Besar, Selangor, juga telah memohon maaf kepada saya atas tulisan-tulisan beliau.”

Tambah Dr. Kamarul, beberapa siri permohonan maaf daripada beberapa pihak lain dijangka akan turut menyusul selepas ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: