Antarabangsa

PM New Zealand Mohon Maaf Hujat Pihak Lawan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW ZEALAND, 14 Disember 2022 – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern telah membuat permohonan maaf di atas kelakuannya menggelarkan lawan politiknya dengan gelaran “arrogant prick”. 

Ardern telah membuat kenyataan yang bersifat menghina terhadap lawan politiknya itu sewaktu berada di dalam parlimen pada hari semalam dan kelakuannya itu telah menyebabkan beliau menghadapi penurunan bagi sokongan rakyat.

Kejadian tersebut berlangsung sewaktu berlakunya sesi debat di dalam parlimen, di mana pemimpin parti pembangkang meminta Ardent memberikan sebuah contoh bagi keadaan sewaktu beliau telah melakukan kesalahan, meminta maaf dan memperbetulkan keadaan.

Perdana Menteri itu kemudiannya memberi maklum balas bagi pertanyaan lawan politiknya. Setelah itu beliau duduk sambil merungut “such an arrogant prick” di mana rungutannya itu telah didengari oleh seluruh parlimen menerusi mikrofon.

Pemimpin parti pembangkang itu, David Seymour kemudiaannya membantah perbuatan Ardern itu dan meminta agar ianya ditarik balik.

Pejabat Ardern kemudiannya mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa beliau telah membuat permohonan maaf atas tindakannya di dalam parlimen itu.

Ardern telah menjadi Perdana Menteri selama lima tahun dan sebelum ini beliau dikenali sebagai seorang yang sangat merendah diri dalam berpolitik. Beliau juga sering mendapat sokongan ramai disebabkan kemahirannya dalam menangani krisis.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: