Tempatan

Pahang Bakal Laksana Inisiatif Sempadan Hijau Berpandukan ESG

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUANTAN, 11 November 2021 – Menjunjung titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kerajaan Pahang telah meluluskan cadangan inisiatif Sempadan Hijau Negeri membabitkan sempadan Pahang dengan negeri berjiran iaitu Terengganu, Kelantan, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.”

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri awal bulan ini.

Berikutan itu, kerajaan negeri akan mewartakan tanah kerajaan yang sudah dikenal pasti di kawasan sempadan berkenaan sepanjang kira-kira 26.806 kilometer (km) dan berkeluasan 557.585 hektar sebagai hutan simpan kekal menurut Seksyen 7 Akta Perhutanan Negara 1984.

“Sebagai makluman, pewartaan hutan simpan kekal terbaharu ini adalah tambahan kepada sedia ada yang turut terletak dalam kawasan bersempadan dengan enam negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

“Bagi tanah milik pula, sebarang pembangunan meliputi jajaran 500 meter sempadan negeri, hendaklah dilaksanakan secara lestari berpandukan konsep alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG),” kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Tambah beliau, kerajaan negeri juga menetapkan Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT) di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri menyelaraskan syarat khas dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan perkara yang diputuskan.

Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sebelum ini pernah menitahkan agar semua pihak mengamalkan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus atau Environmental, Social & Governance (ESG) dan menjadi contoh kepada semua.

Tadbir Urus Alam Sekitar (Environmental) adalah pengurangan kesan persekitaran, Sosial (Social) bermaksud penglibatan pihak berkepentingan dan Tadbir Urus (Governance) pula memperkukuhkan tadbir urus korporat dengan meningkatkan ketelusan operasi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: