Tempatan

Hati-Hati! Cubaan Culik Di KAFA Pula, Sekolah Sahkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELANGOR, 30 September 2022 – Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, Sekolah Rendah Agama KAFA Integrasi At-Tayyibin baru-baru ini mengesahkan terdapat kes cubaan menculik melibatkan seorang murid sekolah di hadapan pagar Masjid At-Taiyyibin pada jam 1:30 tengah hari beberapa hari lalu.

Ketua Guru Sekolah Agama KAFA At-Taiyyibin, Ustazah Ngaishah mengeluarkan satu kenyataan berkenaan kes cubaan menculik tersebut dengan memohon agar ibu bapa atau penjaga memberi perhatian lebih agar dapat memastikan anak-anak berada di dalam pagar sekolah selepas menghantar mereka.

Banyak kejadian culik yang berlaku sejak kebelakangan ini sangat memberi kesan membimbangkan kepada pihak sekolah dan juga ibu bapa.

“Pihak sekolah berharap agar ibu bapa dan penjaga dapat mengambil anak-anak pada waktu yang ditetapkan, dan tidak terlalu lewat.”

Ibu bapa sentiasa memberi ingatan dan pesanan pada anak-anak mengenai risiko culik dan bagi anak-anak yang berjalan kaki ke sekolah agama, perlu ada pemantauan ibu bapa/penjaga,” maklum kenyataan sama yang berharap agar ibu bapa dan penjaga dapat memberi kerjasama dengan pihak sekolah dalam menangani isu ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: