Tempatan

Video Hina YDPA: Iswardy Morni Ditahan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 30 Mei 2021 – Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Dev Kumar mengesahkan Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni telah ditahan semalam, di kediamannya.

Iswardy Morni ditahan bagi membantu siasatan berkait kenyataannya menerusi video di laman YouTube yang didakwa berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Sekyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” kata Datuk Dev Kumar.

Jumaat baru-baru ini, Iswardy telah membuat ulasan secara langsung di akaun YouTube miliknya bertajuk “Total Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun Ini?”

Dalam ulasannya, bukan sahaja menggunakan bahasa biadab terhadap DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong (YDPA) tetapi juga mendakwa baginda YDPA tidak berbuat apa-apa untuk menangani penularan wabak pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara serta melaung perkataan “lawan tetap lawan, Tuanku”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: