Tempatan

Warga Twitter Bayarkan Denda Lai Yuet Ming Susulan Hantaran Jelik Terhadap YDP Agong

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Pengguna laman sosial Twitter telah membantu memberikan sumbangan dana kepada Lai Yuet Ming, 65, yang dikenakan denda sebanyak RM 6,000 bagi kesalahan menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA) di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

Kes beliau mendapat perhatian salah seorang pengguna Twitter yang bertanyakan sama ada beliau boleh menyumbang bagi membayarkan denda yang dikenakan ke atas Lai Yuet Ming.

Hal tersebut mendapat perhatian pengguna Twitter lain dan setakat 22 Disember baru-baru ini, usaha tersebut telah mengumpulkan sehingga RM 5,200.

Beliau turut dikenakan denda sebanyak RM 4,000 susulan penulisan beliau yang menyelar Muhyiddin Yassin, menjadikan keseluruhan denda yang dikenakan ke atas beliau sebanyak RM 10,000.

Untuk kesalahan terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia itu, beliau dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia, iaitu membuat hantaran bersifat jelik bagi menyakitkan hati, mengganggu atau menganiayai pihak lain.

Leave a Reply

Back to top button