Tempatan

Mufti Perak Meninggal Dunia: Perginya Permata Negara

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

IPOH, 30 Mei 2021 – Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria disahkan meninggal dunia hari ini.

Tan Sri Dr Harussani Zakaria, 82 tahun sebelum ini dilaporkan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh selepas disahkan positif COVID-19.

19 Mei lalu, Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad, mengesahkan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria dan isterinya yang disahkan positif COVID-19, masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Pada 24 Mei baru-baru ini, isteri Tan Sri Dr Harussani Zakaria dilaporkan sudah semakin pulih dan dibenarkan berehat di rumah.

Leave a Reply

Back to top button