Pendapat

SYOR HUKUMAN SEBATAN BAGI KESALAHAN DI BAWAH AKTA HASUTAN – Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Berikutan dengan sikap melampau yang semakin merebak dan berani oleh pihak tidak menghormati kedudukan institusi beraja dan undang-undang negara, saya terpanggil untuk mencadangkan Parlimen memasukkan hukuman sebat sehingga 6 kali sebatan terhadap kesalahan di bawah Akta Hasutan.

Peruntukan hukuman sebatan diharapkan dapat meningkatkan pencegahan terhadap kecenderungan untuk menghina Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, sebagai tonggak pemerintahan negara dan ketua agama Islam.

Dalam tempoh darurat ini, saya mencadangkan ordinan darurat digubal terlebih dahulu bagi maksud di atas.

Saya percaya bahawa pindaan di atas dapat mencegah sikap kurang ajar yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat seperti banyak insiden akhir-akhir ini.

Di samping itu tindakan terhadap mereka yang menghina kesucian ajaran Islam perlu juga dikenakan hukuman yang lebih tegas dan dikuatkuasakan tanpa kompromi selaras dengan kedudukan Islam sebagai Agama bagi Persekutuan dan Negeri-negeri.

Sehubungan itu, saya menyeru semua ahli Silat dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan untuk menyuarakan pendirian yang sama.

Pengenalan hukuman sebatan di bawah Akta Hasutan tidak perlu dibimbangkan kerana akta itu mempunyai peruntukan yang tidak membolehkannya digunakan secara sewenang-wenangnya.

Datuk Prof Madya Dr Wan Ahmad Fauzi
Waris Amanah Mahaguru
Pertubuhan Seni Gayong Serantau Malaysia

*Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my*

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: