Tempatan

Beribu Pasport Tidak Dituntut Akan Terbatal Secara Automatik – Menteri Dalam Negeri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LARUT, 25 Julai 2022 – Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin melalui satu kenyataan memaklumkan bahawa pasport individu yang tidak dituntut di mana-mana pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan terbatal secara automatik.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, beliau berkata pasport yang telah siap tetapi tidak dituntut selepas 90 hari akan terbatal secara automatik dan individu tersebut perlu membuat permohonan baru selain terpaksa mengeluarkan perbelanjaan pembayaran semula.

“Sekiranya telah terbatal, maka individu itu perlu membuat permohonan baru dan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan pembayaran semula.”

Adalah menjadi tanggungjawab individu itu sendiri mengambil dokumen miliknya selepas dokumen tersebut siap dan sedia untuk diambil, jelas Dato’ Seri Hamzah yang juga memaklumkan bahawa terdapat ramai individu yang telah memperbaharui pasport masing-masing, namun tidak membuat tuntutan.

“Takkan kita pula yang nak kena cari dia,” ujar beliau lagi.

Menurut laporan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), setakat ini lebih 2,600 pasport yang diperbaharui tidak dituntut oleh pemiliknya.

Untuk makluman, pasport Malaysia yang boleh diakses ke 179 buah negara merupakan pasport keempat terkuat dalam ranking negara-negara Asia selepas Jepun, Singapura dan Korea Selatan dengan menduduki tangga ke-13 dalam Indeks Pasport Henley 2022.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: