Tempatan

RUU Larang Wakil Rakyat Tukar Parti Dibentang Rabu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 Julai 2022 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan larangan wakil rakyat bertukar parti akan dibentang serta digulung di Dewan Rakyat pada Rabu dan Khamis ini jika tiada sebarang halangan.

“Jadi prosedur RUU itu sendiri, semua Ahli Parlimen sudah tahu. InsyaAllah, pada 27 Julai (Rabu ini), ia akan dibahas dan pada 28 (Julai) jam 2.30 petang, InsyaAllah, saya akan menggulungnya,” ujarnya menurut Berita Harian.

Katanya lagi, RUU yang akan dibentangkan itu adalah demi kestabilan politik negara dan merupakan langkah terbaik oleh Kerajaan dalam mengelakkan negara berdepan krisis politik.

“Tidak sekali-kali (rang undang-undang ini dibuat) untuk menghalang orang mengamalkan demokrasi dalam Parlimen itu sendiri, (antara) tujuannya adalah mencerminkan kepada rakyat Ahli-Ahli Parlimen itu tidak berbuat sesuka hati sahaja dan (mereka) mesti ada prinsip.”

“(Selain itu) yang penting sekali adalah hasrat rakyat untuk melantik seseorang itu untuk kekal mewakili kepentingan rakyat dan negara, itu sahaja dan dengan adanya undang-undang ini, kita berharap perkara itu (ketidakstabilan politik) tidak berlaku,” tegas Dr Wan Junaidi.

Leave a Reply

Back to top button