Tempatan

Syarikat Bukan Islam Dominasi Produk Bersijil Halal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 Jun 2023 – Hampir 72 peratus atau 165,026 daripada keseluruhan 229,204 produk yang mempunyai sijil halal di negara ini dimiliki oleh syarikat bukan Islam dari tahun 2021 hingga 10 April 2023.

Menurut Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohamad Zamri Mohamed Shapik, pada tahun ini sahaja sehingga 10 April lalu, terdapat 21,448 produk milikan bukan bumiputera yang mempunyai status halal JAKIM berbanding 8,341 produk bumiputera.

BACA JUGA: Gaji Rendah Faktor Pelajar Tidak Sambung Belajar

BACA JUGA: Subsidi Buat Golongan ‘Kayangan’ Tidak Munasabah Diteruskan – PM

BACA JUGA: Raja Salman Tanggung Kos 1,000 Jemaah Haji Keluarga Syuhada Palestin

Kata Mohamad Zamri, jumlah produk halal bumiputera masih rendah antaranya disebabkan penglibatan kaum bumiputera dalam sektor ekonomi dan perniagaan di negara ini masih belum mampu menyaingi bukan bumiputera.

Selain itu, “Syarikat bukan bumiputera lebih berminat mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) berbanding syarikat milikan bumiputera disebabkan mereka menyedari signifikasi sijil berkenaan dalam memastikan produk dikeluarkan memenuhi piawaian halalan toyyiban yang diperlukan pengguna Islam,” dedah beliau kepada sebuah portal tempatan.

Pada tahun 2021, sebanyak 95,398 produk yang mempunyai pensijilan halal Malaysia idi mana 68,686 milik bukan bumiputera manakala 26,712 adalah milik bumiputera.

Untuk rekod berakhir pada 31 Disember 2022 pula, sebanyak 7,742 syarikat menjadi pemegang pensijilan halal Malaysia dengan 59 peratus daripadanya adalah syarikat bukan bumiputera.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: