Tempatan

JAKIM Sangkal Dakwaan Sijil Halal Mahal, Hanya RM200

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 12 Jun 2023 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyangkal dakwaan bahawa proses permohonan sijil halal menelan kos tinggi sekali gus menyatakan ianya hanya bernilai RM200.

Ketua Penolong Pengarah Kanan JAKIM, Mohd Fakarudin Mas’od berkata dakwaan tersebut tercetus, antaranya disebabkan, dulu ramai yang menggunakan khidmat konsultan yang mengenakan caj tidak masuk akal seperti RM100,000, RM400,000 sedangkan proses permohonan sijil hanya RM200.

“Bayangkan kalau proses menjadikan sijil itu gagal dan kos yang syarikat keluarkan adalah mahal. Tapi impak pula pada JAKIM,” ujarnya.

Dalam pada itu, sebelum membuat permohonan, sesebuah syarikat perlu mempunyai eksekutif halal yang beragama Islam untuk memantau perjalanan pensijilan halal.

“Jadi, apabila mereka sudah membuat latihan dan proses dokumentasi, barulah permohonan dihantar kepada JAKIM,” kata beliau.

BACA JUGA: Masjid Pertama Anti-Gempa Dijangka Siap Ogos Ini

BACA JUGA: Musim Durian Suram, Cuaca Tidak Menentu

BACA JUGA: Generasi ‘Undi 18’ Cukup Matang Untuk Buat Keputusan Sendiri – MP

Menurutnya, syarat yang dikenakan ini juga merupakan antara langkah bagi menyangkal dakwaan permohonan sijil halal adalah mahal.

Beliau turut memaklumkan bahawa proses permohonan tersebut mengambil masa kira-kira 30 hari sahaja untuk diluluskan sekiranya semua dokumen sokongan lengkap disertakan oleh pengusaha syarikat.

Mengulas lanjut, Fakarudin menjelaskan, jika sesebuah rangkaian restoran mahu mendapatkan sijil halal, mereka harus memohon bagi kesemua cawangan.

“Kalau mereka ada 10 cawangan, maka kesemua 10 cawangan perlu mendapatkan lalui permohonan sijil halal. Cuma mereka boleh ambil masa untuk melakukan permohonan berasingan.

“Mereka tidak boleh mohon untuk satu cawangan sahaja. Itu salah kerana mereka membawa jenama dan produk yang sama dan berlaku kekeliruan contohnya cawangan di Kuala Lumpur ada halal tetapi di Putrajaya tiada sijil halal,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: