Antarabangsa

Henti Import Daging Rumah Sembelihan Australia – MUIS

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 02 Jun 2022 – Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mengarahkan semua pemegang sijil halalnya untuk menghentikan dengan serta-merta import dan penggunaan daging dari sebuah syarikat penyembelihan dari Australia baru-baru ini.

MUIS memutuskan sedemikian setelah beberapa pihak menjalankan siasatan dan merumuskan bahawa loji penyembelihan itu melanggar prosedur penyembelihan halal.

“Dapatan kami adalah berdasarkan fakta dan maklumat daripada pihak berkuasa yang cekap. MUIS mempunyai alasan kukuh untuk merumuskan bahawa integriti daging halal di loji itu terjejas,” jelasnya.

Lapor Berita Harian, pihak MUIS memaklumkan bahawa keputusan itu tidak menjejaskan perniagaan daging halal kerana daging import syarikat tersebut hanya menyumbang setengah daripada keseluruhan daging halal dari Australia.

Mereka juga sedang berhubung dengan pemilik sijil halal yang mengimport daging dari loji penyembelihan berkenaan agar mencari alternatif lain bagi bekalan daging halal.

MUIS turut menasihati pengguna Muslim supaya mengelak daripada membeli barangan daging keluaran loji penyembelihan AU866 (tertera di produk daging) yang merupakan nombor loji syarikat pengeluar itu.

Terdahulu, dalam kenyataan bertarikh 16 Mei 2022, MUIS memutuskan untuk tidak mengikuti langkah Malaysia dalam menghentikan import daging dari loji sembelihan yang sama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: