Antarabangsa

Penasihat Utama Presiden Ukraine Mahu Serang Iran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UKRAINE, 08 November 2022 – Penasihat utama bagi Presiden Ukraine, Mikhail Podolyak pada Jumaat lalu telah membuat kenyataan bahawa dron serta loji peluru berpandu balistik Iran hendaklah dimusnahkan.

Kenyataan tersebut dibuat setelah Iran membuat pengakuan bahawa negara mereka telah menyerahkan dron-dron ketenteraan kepada Rusia. Namun Iran turut menegaskan bahawa penyerahan tersebut telah dibuat sebelum berlakunya konflik di Ukraine.

Penasihat utama bagi Zelenskyy itu turut menyatakan bahawa Iran tidak sepatutnya terlepas daripada akibat yang dilakukannya disebabkan hal pemberian senjata itu. Menurut Podolyak,

“Saya percaya bahawa bukan sahaja sekatan dan embargo yang patut dikenakan, bahkan serangan terhadap dron-dron dan tempat-tempat pembuatan peluru berpandu balistik (di Iran) juga boleh dilakukan. Negara sedemikian tidak sepatutnya melakukan perkara sebegini tanpa sebarang hukuman.”

Podolyak membuat kenyataan sedemikian ketika siaran langsung menerusi sebuah saluran televisyen tempatan.

Namun kenyataan Podolyak itu tidak pula menyatakan mengenai pihak manakah yang sepatutnya memulakan serangan terhadap Iran.

Tuduhan mengenai penghantaran senjata daripada Iran kepada Rusia telah timbul sekitar beberapa minggu lalu setelah Rusia mula menggunakan dron-dron kamikaze bagi menyerang Ukraine. Rusia juga telah membuat kenyataan mengesahkan bahawa dron-dron tersebut sebenarnya telah dihasilkan di Iran.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: