Antarabangsa

Iran Tutup Internet. 11 Orang Mati, Protes Memuncak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IRAN, 28 September 2022 – Rusuhan berbentuk protes yang dicetuskan pada 16 September baru-baru ini telah membuatkan kerajaan Iran bertindak menutup akses internet di beberapa tempat, antaranya di sekitar Tehran dan Kurdistan.

Penutupan tersebut telah menghalang rakyatnya mendapat akses terhadap beberapa platform yang digunakan bagi menyebarluaskan sentimen mengenai protes tersebut terutamanya laman Instagram dan Whatsapp.

Protes tersebut adalah berkenaan kematian seorang gadis Iran yang berusia 22 tahun, Mahsa Amini yang telah ditahan oleh pihak berkuasa pada 16 September kerana dituduh memakai hijab dengan “cara yang tidak sepatutnya”.

Para aktivis mendakwa bahawa Amini telah dipukul di kepala sehingga menyebabkan kematiannya, namun dakwaan tersebut telah disangkal oleh pihak berkuasa. Namun keluarga Amini tetap mengesyaki bahawa beliau telah dipukul dan disiksa sehingga mati.

Media Iran telah melaporkan bahawa sehingga Rabu lalu, rusuhan jalanan telah berlaku di 15 buah bandar sehingga menyebabkan pihak polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan melakukan tangkapan bagi menyuraikan para perusuh yang dilaporkan berjumlah sehingga seribu orang.

Pada Khamis lalu, media tempatan telah melaporkan bahawa bahawa tiga orang ahli militia “yang digunakan untuk berdepan dengan para perusuh” telah ditikam atau ditembak mati di bandar Tabriz. Laporan juga menyebut bahawa seorang pihak berkuasa juga telah mati di bandar Shiraz.

Agensi-agensi berita Iran juga turut melaporkan bahawa seorang perusuh telah mati ditikam di Qazvin dan ini adalah kematian ketujuh para perusuh, yang mana sebelum ini terdapat enam kematian lain yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan. Namun pihak berkuasa menafikan bahawa mereka terlibat dalam kematian para perusuh tersebut.

Protes tersebut turut menggunakan internet dengan menyebarkan video-video para wanita membakar tudung mereka sehingga video-video tersebut menjadi tular. Sebahagian wanita lain pula memuat naik video menunjukkan perbuatan mereka menggunting rambut mereka dan meletakkan hashtag #Mahsa_Amini.

Kematian Amini telah mengundang campur tangan AS sebagaimana yang telah didakwa oleh Menteri Luar Iran, Amir-Abdollahian pada Ahad lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: