Tempatan

Kadar Pengangguran Bakal Stabil Pada Tahun 2025

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 OGOS 2023 – Kadar pengangguran di Malaysia dijangka akan terus menurun dan mencapai keadaan stabil menjelang tahun 2025.

Menurut pakar ekonomi Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA), Muhammad Anas Nabil Al-Fattah Muhammad Yazid berkata, kadar pengangguran pada tahun 2025 dijangka mencapai sekitar 3.4 peratus, mencecah paras pra-pandemik.

pengangguran.jpg?resize=590%2C401&is-pending-load=1#038;ssl=1

Anggaran ini diperoleh hasil tindak balas unjuran sisi permintaan dan penawaran buruh melalui model unjuran pasaran buruh jangka panjang di peringkat nasional.

BACA JUGA: PRN: Berpada-Pada Pasang Bendera Parti Pada Kenderaan – Anthony Loke

BACA JUGA: PRN: Rakyat Mahu Wakil Rakyat Dipilih Mampu Selesai Masalah Banjir                                                                                    

BACA JUGA: Rampasan 47 Ular Dibawa Penumpang Dari Malaysia, JKDM Beri Penjelasan

Menurutnya, permodelan unjuran ini mengambil kira faktor penentu utama termasuklah pertumbuhan ekonomi, tingkat pendapatan dan perubahan demografi.

“Pemulihan pasaran buruh yang berterusan memberi harapan kepada ekonomi negara dan menunjukkan prospek positif masa depan,” katanya.

Tambahnya, hasil unjuran ini sejajar dengan kadar pengangguran sebenar tahun 2022 berdasarkan Laporan Survei Tenaga Buruh oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Isnin.

Hasil laporan tersebut menunjukkan bilangan penganggur menurun ke 630,400 orang berkurang sebanyak 14 peratus dengan mencatatkan 630,400 orang berbanding 2021 sebanyak 733,000 orang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: