Tempatan

Kadar Pengangguran Belum Mencapai Tahap Memuaskan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Ogos 2022 – Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan berkata, kadar pengangguran di Malaysia telah menurun kepada 3.9% pada Mei 2022, namun kadar itu masih belum kembali ke tahap sebelum pandemik iaitu 3.2%.

Oleh yang demikian, Kerajaan telah mempergiatkan lagi usaha mengadakan pelbagai program bagi meningkatkan kadar penyertaan tenaga buruh serta mengurangkan kadar pengangguran.

“Antara usaha yang dilakukan adalah Kerajaan telah melaksanakan program JaminKerja – Insentif Penggajian yang akan memberi manfaat kepada pencari kerja dari suluruh negara.”

“Program ini merupakan satu insentif kewangan yang diberikan kepada majikan yang membuat pengambilan baru bermula 1 Januari 2022 dalam kalangan perantis, graduan dan golongan mudah terjejas termasuk OKU, bekas tentera, bekas banduan, warga emas serta penganggur am.”

Beliau berkata demikian dalam Dewan Rakyat hari ni sewaktu sesi jawab lisan setelah disoal oleh Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin bin Md. Salleh berkenaan apakah solusi kementerian dalam mengurangkan kadar pengangguran negara seperti paras pra pandemik pada kadar 3.5 peratus.

Tambahnya lagi, sebagai kesinambungan kejayaan program perantisan pada tahun 2021, program JaminKerja – Insentif Penggajian telah dijalankan dengan memberi insentif RM900 sebulan dalam tempoh enam bulan kepada majikan yang menggajikan golongan perantis lepasan sekolah dan graduan yang berumur 18 tahun hingga 30 tahun dalam jawatan eksekutif.

Golongan perantis ini ditawarkan kontrak enam bulan dengan bayaran gaji bermula RM1500.

“Berdasarkan statistik jumlah pekerja yang telah mendapat manfaat daripada program perantisan JaminKerja – Insentif Penggajian setakat 29 Julai 2022 adalah seramai 5,932 orang.”

Selain itu, beliau turut memberitahu bahawa Kerajaan telah meluaskan program Sistem Insurans Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan+ kepada golongan bukan pencarum bagi membantu mereka mendapatkan pekerjaan baru.

Bukan itu sahaja, beliau berkata program itu juga diperluas untuk pencarum yang tidak layak mendapat elaun mencari pekerjaan (SIP).

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, Kerajaan melalui HRD Corp telah menubuhkan placement centre yang berperanan sebagai platform untuk memadankan pekerjaan dengan peluang sedia ada oleh majikan.

“Sehingga 31 Julai 2022 sebanyak 43,938 peluang pekerjaan telah tersedia di mana lebih enam ribu pekerja mendapat pekerjaan dalam pelbagai sektor seperti perkhidmatan, perkilangan, buruh, runcit dan lain-lain lagi.”

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 60% ataupun 3,600 pekerja adalah daripada golongan belia dan sebahagian besar memperoleh gaji RM2,000 ke atas.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: