Rampasan 47 Ular Dibawa Penumpang Dari Malaysia, JKDM Beri Penjelasan
PUTRAJAYA, 04 Ogos 2023 – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menjelaskan bahawa pemeriksaan bagasi yang dilakukan pihaknya hanya terhad kepada ‘hand carry baggage’ di bahagian pelepasan penumpang.
Penjelasan JKDM ini adalah berhubung kes rampasan 47 ekor ular sawa dan dua biawak di Lapangan Terbang Antarabangsa Tiruchirapally, India yang ditemui dalam bagasi berstatus ‘check-in baggage’ menerusi penerbangan Batik Air dari Kuala Lumpur pada 29 Julai lalu.
“Apabila penumpang melalui kawasan pemeriksaan JKDM, hanya bagasi diikrar sebagai ‘hand carry baggage’ sahaja akan diperiksa menggunakan mesin pengimbas.”
BACA JUGA: Bonda Sultan Mangkat: Terengganu Larang Sebarang Himpunan Hiburan Sampai Isnin
BACA JUGA: Australia Pulangkan Artifak Arca Purba Abad ke-10 Kemboja
BACA JUGA: Pencemaran Bau: JAS Perluas Operasi Kenal Pasti Punca
“Dalam kes itu, penumpang tersebut mendaftarkan bagasi ‘check-in baggage’ sebelum melalui kawasan pemeriksaan kastam,” memetik laporan sebuah portal berita tempatan.
Berikutan itu, JKDM menjelaskan bahawa pihaknya tidak dapat memberi sebarang maklum balas berhubung bagasi berstatus ‘check-in baggage’ yang dibawa oleh penumpang.
Bagaimanapun, JKDM menegaskan bahawa pihaknya komited dalam bekerjasama dengan agensi-agensi lain dalam mengawasi pintu masuk negara demi mempertahankan keselamatan dan kedaulatan Malaysia.