Antarabangsa

George Soros Mempunyai ‘Ikatan Kewangan’ Dengan 253 Media Dunia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

AMERIKA SYARIKAT, 11 Disember 2022 – Sebuah kajian telah mendapati bahawa George Soros mempunyai ikatan kewangan dengan sekurang-kurangnya 253 organisasi media di seluruh dunia yang membantu beliau untuk membentuk pendapat awam serta melindungi dirinya dari sebarang kritikan.

Kajian tersebut telah dijalankan oleh Media Research Center (MRC), sebuah kumpulan pemerhati konservatif Amerika Syarikat (AS) dan dapatan kajian tersebut telahpun dikeluarkan pada Selasa lalu.

Kajian tersebut turut mendapati bahawa Soros yang kini berusia 92 tahun yang juga merupakan seorang penderma terbesar bagi calon-calon politik parti Demokrat dan bagi tujuan-tujuan bersifat liberal, telah membina jaringan dengan outlet-outlet wartawan serta pertubuhan-pertubuhan aktivis media.

Beliau membina jaringan dengan pihak-pihak yang terbabit itu menerusi sokongan kewangan yang dilakukan menerusi kumpulan-kumpulan yang bersifat ‘non-profit’ yang dimilikinya.

Kajian tersebut juga mendedahkan bahawa penerima-penerima wang Soros itu menjangkau pembaca, penonton serta pendengar di segenap penjuru dunia dan di dalam pelbagai bahasa.

Laporan kajian yang dikeluarkan pada Selasa itu adalah merupakan bahagian pertama dari sebuah siri yang mengandungi tiga bahagian, yang akan mendedahkan tahap pengaruh media yang berada dalam genggaman Soros.

MRC turut mendakwa menerusi laporan kajiannya bahawa membeli hubungan dengan organisasi-organisasi media telah membantu Soros untuk memajukan agenda “open society” beliau bagi mempromosikan pengguguran, ekonomi Marxist, anti-Amerikanisme, Fanatik LGBT dan lain-lain perkara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: