Tempatan

LGBT & Kumpulan Liberal Yang Menyokong Mereka Harus Ditolak Muslim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELANGOR, 27 Mac 2023 – Khutbah Jumaat di masjid-masjid Selangor baru-baru ini menggesa umat Islam supaya menolak kumpulan LGBT serta kumpulan liberal yang menyokong agenda tersebut.

BACA JUGA: Bazar Ramadan : Bawa Bekas Sendiri Dapat Kurangkan 20% Sampah

BACA JUGA: Dakwaan Berbohong Isu Yayasan Al Bukhary, Armada Buat Laporan Polis Terhadap PM, Guan Eng

BACA JUGA: 8 Juta Rakyat Malaysia Hidap Penyakit Anxiety, Pesakit Wanita Terus Meningkat

Kata khutbah berkenaan, adalah dilarang bagi mana-mana individu mahupun kumpulan untuk secara terbuka menyokong agenda LGBT di mana, mereka yang mengamalkan homoseksualiti disifatkan terlibat dalam “tabiat sesat” yang akan mengundang kemurkaan Allah S.W.T.

“Adalah wajib bagi umat Islam yang beriman dan takut kepada Tuhan untuk menolak kumpulan LGBT dan liberal yang menyokong tabiat sesat itu,”

“Mereka yang mengamalkan dan mempertahankan LGBT mesti bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan haram tersebut. Sebarang kecenderungan ke arah hubungan seksual yang terpesong boleh diubah dengan kawalan hawa nafsu yang berterusan,” kata teks khutbah tersebut yang bertajuk “LGBT adalah tabiat terpesong”.

Khutbah tersebut disampaikan susulan daripada pembatalan acara hiburan yang dijadualkan berlangsung di sebuah kelab malam yang terletak di Kuala Lumpur di mana menurut penganjur, acara tersebut akan menampilkan “lelaki panas” yang memakai seluar dalam wanita.

Penganjur bagaimanapun membatalkan acara tersebut selepas mendapat bantahan keras daripada PAS serta pemimpin Islam yang mengecam acara sedemikian kerana bertentangan dengan budaya serta sensitiviti tempatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: