Antarabangsa

Memalukan! Israel Sanggup Bayar Pelajar Sertai Himpunan Pro-Zionis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 12 November 2023 – Rejim Israel telah menawarkan sejumlah wang kepada pelajar kolej di Amerika Syarikat (AS) bagi mengikuti perarakan pro-Zionis.

Baru-baru ini, tular sebuah gambar mengenai hantaran penganjuran perarakan besar-besaran pro-Israel yang dijangka berlangsung pada Selasa, 14 November 2023 di Washington DC.

Hantaran itu menyebut, “Israel on Campus Coalition (ICC) menawarkan $250 untuk pelajar kolej yang menghadiri himpunan tersebut, yang dijangka menjadi salah satu perhimpunan pro-Israel terbesar dalam sejarah.”

Turut dikatakan, himpunan itu menjangkakan seramai 1 juta orang hadir malah ditaja oleh Persekutuan Yahudi Amerika Utara (JFNA) dan Persidangan Presiden Pertubuhan-pertubuhan Yahudi Utama Amerika.

Sehubungan itu, rata-rata netizen di Malaysia pula menyifatkan tindakan tersebut sebagai ‘memalukan’ dan ‘terdesak’.

Seorang warganet memberi komen, “Terdesak, tercela, terhina dan terlaknat. Benarlah kalam Allah SWT. AllahuAkbar.”

“Bt malu je… Bkn main gembar gembur hebat. Last skali, mcm tu je caranya. Dh makin cuakk nmpknya. Papa kedana la lpas nie. Badut I$raHell,” tambah pengguna lain.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: