Antarabangsa

Pendirian AS Terhadap Gaza “Lumpuhkan” Majlis Keselamatan PBB – Rusia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RABU, 15 November 2023 – Kementerian Luar Rusia telah mengeluarkan kenyataan bahawa Amerika Syarikat (AS) sedang menggunakan kuasa vetonya dalam Majlis Keselamatan PBB untuk melakukan sabotaj terhadap usaha antarabangsa dalam menghentikan pertumpahan darah yang sedang berlaku di Timur Tengah.

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan pada Isnin lalu menerusi laman webnya.

Menurut kementerian itu, AS terus menggunakan kuasa veto mereka walaupun telah menerima amaran keras tentang peningkatan mendadak kadar kematian di Semenanjung Gaza. Ujar kementerian itu lagi,

“Kesemua wakil PBB telah bersama menyeru agar ‘gencatan senjata kemanusiaan segera’ dilakukan, yang dapat menghentikan hukuman yang tidak berperikemanusiaan ini, penderitaan kanak-kanak, wanita dan warga tua”.

“Namun Majlis Keselamatan tidak dapat melakukan mandat terus dan terus-menerus lumpuh, berikutan kedudukan sebuah negara – AS”.

Kementerian yang sama turut menambah di dalam kenyataannya bahawa Israel “memikul sepenuhnya” kewajiban bagi mematuhi undang-undang antarabangsa bagi wilayah-wilayah Palestin, termasuk Gaza.

Pada Ahad lalu, beberapa agensi PBB telah melancarkan sebuah kenyataan bersama yang menuntut agar gencatan senjata kemanusiaan dapat dilakukan dengan kadar yang segera.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: