Antarabangsa

66% Penduduk Gaza Derita Penyakit Bawaan Air – EQA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RAMALLAH, 27 Januari 2023 – 66 peratus rakyat Palestin di Semenanjung Gaza menderita akan penularan penyakit bawaan air, menurut Pihak Berkuasa Kualiti Alam Sekitar negeri ini.

Memetik laporan, penyakit bawaan air tersebut seperti taun, cirit-birit kronik dan penyakit usus menular disebabkan oleh kekurangan air yang boleh diminum dan penutupan semula semua loji penyahgaraman air akibat daripada pencerobohan pendudukan Israel yang berterusan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam di mana ia juga sebagai sebahagian daripada kempen alam sekitar digital yang sedang berjalan, mereka berkata, pengeboman Israel ke atas saluran kumbahan telah menyebabkan banjir sekali gus membawa kepada malapetaka kesihatan dan alam sekitar terutamanya Kolam Sheikh Radwan yang telah mencapai tahap kritikal akibat pengumpulan air hujan dan kebocoran air sisa ke dalamnya.

Menurut pihak berkuasa itu lagi, pencerobohan pendudukan Israel mengakibatkan pencabutan kira-kira 50,000 pokok serta pemusnahan beribu-ribu ekar tanah pertanian, tapak semaian dan kebun rumah.

Ia sekali gus membawa kepada peningkatan penggurunan, kehilangan biodiversiti, kemerosotan kualiti tanah dan peningkatan pelepasan karbon dioksida di mana katanya juga, kempen alam sekitar digital itu mengandungi data dan maklumat tentang kesan negatif yang serius terhadap alam sekitar Palestin.

Pihak berkuasa itu menyatakan bahawa ia bertujuan untuk mendedahkan jenayah pendudukan haram itu terhadap alam sekitar kerana pencerobohan terbabit bukan sahaja menyumbang kepada malapetakan kemanusiaan, tetapi juga turut memusnahkan komponen alam sekitar akibat pengumpulan sisa pepejal dan perubatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: