Negara Arab dan Islam Sumbang Hampir RM187 Juta Kepada Palestin
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
TEBING BARAT, 21 Oktober 2022 – Negara-negara Arab dan Islam telah menderma $39.466 juta (RM187 juta) kepada Palestin untuk menyokong projek pembangunan di negara Islam itu.
Perdana Menteri Palestin, Muhammad Shtayyeh berkata, sumbangan tersebut akan digunakan untuk menyokong projek pembangunan melibatkan kawasan Tebing Barat termasuk Baitulmuqaddis Timur dan Semenanjung Gaza.
Dana itu akan diuruskan melalui Bank Pembangunan Islam meliputi sektor kesihatan, pendidikan, infrastruktur dan juga pertanian, ujar beliau.
“Memandangkan bantuan antarabangsa berkurang secara mendadak, sokongan ini dapat membantu kerajaan Palestin melaksanakan rancangan untuk mengukuhkan keteguhan rakyat kita, terutamanya di Baitulmuqaddis, Lembah Jordan, kem pelarian dan kawasan yang diancam oleh tembok pengilhakan dan penempatan Israel,” tambahnya.
Beberapa tahun kebelakangan ini, belanjawan Palestin mengalami peningkatan defisit berikutan penurunan mendadak dalam bantuan luar daripada purata $1.36 bilion (RM6.443 bilion) pada 2013 kepada $320 juta (RM1.526 bilion) pada tahun lalu.