84% Kemudahan Kesihatan Gaza Terjejas Akibat Serangan Israel
ISNIN, 12 FEBRUARI 2024 – Serangan rejim haram aparteid Israel telah menjejaskan 84 peratus kemudahan kesihatan di Semenanjung Gaza, lapor UNRWA baru-baru ini.
Memetik laporan, agensi tersebut dalam satu kenyataan di platform X mengatakan bahawa pengeboman berterusan dan sekatan akses telah mengakibatkan hanya empat daripada 22 kemudahan kesihatan UNRWA yang masih beroperasi.
Agensi tersebut turut melampirkan imej yang menunjukkan kerosakan pada Pusat Kesihatan Sheikh Radwan berikutan serangan Zionis Israel di utara Gaza.
Shocking before & after images show level of destruction to our health centre in north#Gaza
84% of health facilities in #Gaza have been affected by attacks.
Due to continued bombardment & access restrictions, only 4 out of 22 @UNRWA health facilities are still operational. pic.twitter.com/YMu74B0F87
— UNRWA (@UNRWA) February 6, 2024
Serangan maut Zionis Israel ke atas Gaza pada 7 Oktober telah membunuh sekurang-kurangnya 27,700 rakyat Palestin dan mencederakan 66,978 yang lain.
Menurut PBB, serangan itu juga telah menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan, manakala 60 peratus infrastruktur wilayah itu telah rosak atau musnah.