Tempatan

Pencak Para Pendekar Di Taman Melati

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Pelbagai kumpulan persilatan Melayu menggayakan pencak istimewa mereka di Festival Peradaban Bangsa Melayu hari ini.

Festival yang sedang berlangsung di Padang Bola Sepak KLFA, Taman Melati daripada 9 pagi sehingga 6 petang ini dikunjungi oleh ribuan umat yang sama-sama menghayati keistimewaan jati diri peradaban bangsa Melayu.

Selain persembahan daripada pertubuhan-pertubuhan silat, para pengunjung juga dihidangkan dengan pelbagai aktiviti permainan di padang seperti memanah, permainan kelereng dan beberapa permainan tradisional Melayu yang lainnya.

Selain daripada aktiviti kesenian dan pertunjukan di padang, terdapat juga pameran yang berkaitan dengan peradaban Melayu di festival ini.

Terdapat pameran dan jualan busana Melayu, tanjak dan keris di samping gerai yang memberi penerangan berkenaan sejarah peradaban Melayu di Sungai Batu dan lain-lain lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: