Antarabangsa

Kelab LGBTQ Dedahkan Kanak-Kanak Kepada Persembahan Lucah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

FLORIDA, 30 Julai 2022 – Gabenor Florida, Ron DeSantis telah memfailkan aduan terhadap sebuah kelab LGBTQ di Miami, R House Wynwood selepas tersebarnya video TikTok yang memaparkan seorang transgender berpakaian ‘Drag Queen’ separa bogel memimpin tangan kanak-kanak perempuan semasa berlangsungnya sebuah acara di sana, lapor media luar.

Aduan difailkan melalui Jabatan Perniagaan dan Peraturan Profesional Florida dengan menyatakan bahawa acara hujung minggu kelab tersebut, Drag Show Brunch telah mendedahkan kanak-kanak di bawah umur kepada persembahan yang mengandungi seksual yang eksplisit dan ia sama sekali tidak sesuai.

“Sifat persembahan yang diterangkan di atas, terutamanya apabila dijalankan di hadapan kanak-kanak kecil, ia merosakkan akhlak awam dan mencemarkan rasa kesopanan awam,” jelas antara intipati yang dimasukkan dalam aduan berkenaan.

Ron DeSantis menfailkan aduan itu sebagai maklum balas secara langsung terhadap kelab dan video berkenaan dan R House Wynwood mempunyai 21 hari untuk menjawab atau berisiko kehilangan lesen menjual minuman kerasnya. Jika berlakunya perkara sedemikian, ia mungkin menjadi penamat buat perniagaan tersebut di Miami.

Sebagai persediaan untuk memfailkan aduan, Bahagian Alkohol dan Tembakau Jabatan Perniagaan dan Peraturan Profesional Florida sebelumnya telah menghantar penyiasat ke R House Wynwood bagi memeriksa tingkah laku peserta kelab berkenaan semasa berlangsungnya acara ‘Drag Queen’ pada 9, 17 dan 23 Julai baru-baru ini.

Hasil dari dua siasatan yang dijalankan, penyiasat memaklumkan, terdapat beberapa orang kanak-kanak di bawah usia 10 tahun terdedah kepada kelakuan yang tidak senonoh di kelab tersebut.

Dalam pada itu, dengan 8,261 retweet, seorang pengguna YouTube terkenal, Lauren Chen membuat satu hantaran di akaun Twitternya selepas menonton video TikTok tersebut dengan berkata, “Orang-orang ini tempatnya di dalam penjara.”

Rakaman video yang menimbulkan kontroversi itu memaparkan seorang kanak-kanak berusia antara 3 hingga 5 tahun, dipimpim seorang ratu transgender yang berpakaian provokatif. ‘Drag Queen’ itu hanya mengenakan pakaian yang menutup puting payudara implannya dan beberapa keping duit diselitkan pada seluar dalam yang dipakai.

“Kanak-kanak tergolong dalam pertunjukan drag!!!! Kanak-kanak berhak melihat keseronokan & ekspresi & kebebasan!” jelas kapsyen yang ditulis dalam video tersebut.

R House Wynwood merupakan sebuah kelab dan bar Latin di Miami yang akan memenuhi segala keperluan komuniti LGBTQ di sana. Dalam website kelab itu, mereka mengiklankan pelbagai program yang dianjurkan seperti “Drag Extravaganza” pada malam Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Tahun lepas, Secret Miami telah menganugerahkan kelab LGBTQ itu sebagai tempat pertama dalam senarai ‘Bar LGBTQ Hebat Untuk Dilihat Di Miami.’

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: