Tempatan

Operasi Musnahkan Kebun Durian Haram: Ronnie Liu Disiasat Halang Tugas Penjawat Awam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

RAUB, 6 Julai 2021 – Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Yusri Othman mengesahkan, dua kertas siasatan telah dibuka terhadap Ahli Jawatankuasa DAP Ronnie Liu selepas Liu dipercayai menghalang tugas penjawat awam semasa prosiding reman terhadap 18 pekebun durian Musang King semalam.

Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

“Siasatan juga dilakukan mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 jika dia melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa merentas negeri ke Raub,” kata Mohd Yusri.

Menurutnya, walaupun Ronnie Liu boleh merentas negeri sebagai ahli politik namun ia bergantung kepada SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Mahkamah Majistret Raub semalam membenarkan 18 pekebun berusia lingkungan 17 hingga 60 tahun direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan Jabatan Perhutanan Pahang berhubung dakwaan meneroka Hutan Simpan Kekal Batu Talam untuk menanam Musang King.

Turut kelihatan di pekarangan mahkamah ialah beberapa lagi ahli politik DAP antaranya Ahli Parlimen Raub Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Ahli Parlimen Bentong Wong Tack, Adun Bilut Lee Chin Chen dan Adun Tras Chow Yu Hui.

Sebelum itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Chow Yu Hui turut ditahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas awam, bagaimanapun dia dibebaskan selepas ikat jamin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: