Tempatan

Operasi Musnahkan Kebun Haram: 18 Pekebun Dibebaskan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

RAUB, 6 Julai 2021 – Sekretariat Save Musang King Alliance (SAMKA) memaklumkan 18 pekebun durian yang direman pihak berkuasa semalam telah dibebaskan dengan jaminan polis pukul 11 pagi tadi.

Menurut SAMKA, peguam yang mewakili semua pekebun terbabit, Chan Yen Hui berkata, mereka perlu melaporkan diri di mahkamah atau balai polis pada 4 Oktober.

Jika mereka gagal berbuat demikian, penjamin akan dikenakan denda sebanyak RM10,000.

Ketua Biro Undang-undang DAP, Ramkarpal Singh juga dilaporkan turut hadir di balai polis berkenaan bagi memberikan bantuan guaman kepada kesemua pekebun durian terbabit selepas diarahkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk memberikan bantuan guaman kepada mereka yang ditahan.

“Kami gembira dengan perkembangan ini. Kami akan hubungi anak guam mengenai apa yang harus dilakukan selanjutnya,” kata Ramkarpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor itu.

Adun Bilut, Lee Chin Chen dan Adun Tras, Chow Yu Hui juga hadir di balai polis berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan turut dilakukan terhadap tiga pemimpin parti politik atas tindakan mereka mengganggu penjawat awam dalam insiden kekecohan ketika proses reman 18 pekebun durian di Mahkamah Raub pada Isnin.

Siasatan turut dilakukan atas dakwaan ada di antara mereka merentas negeri tanpa kebenaran.

“Melalui video itu juga, mereka dipercayai gagal mengemukakan surat kebenaran rentas negeri sedangkan jika ada, mereka sepatutnya berbuat demikian.”

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: