TempatanTerkini

Operasi Musnahkan Kebun Durian Haram: Tidak Langgar Perintah Mahkamah – Dato’ Sri Haji Wan Rosdy

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUANTAN, 6 Julai 2021 – Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail menegaskan operasi penguatkuasaan di Hutan Simpan Kekal Batu Talam, Raub tidak melanggar perintah Mahkamah Rayuan dan ia bukan isu perkauman seperti yang didakwa.

“Operasi dan kawasan penguatkuasaan yang dilakukan ini mendapat pandangan perundangan daripada Pejabat Penasihat Undang-undang (LA) Negeri yang sebelum itu telah merujuk kembali perkara ini ke Mahkamah Rayuan.”

Tambah beliau, operasi ini merupakan operasi penguatkuasaan biasa tetapi mendapat tentangan serta provokasi dengan kata-kata kesat dikeluarkan ke arah pegawai dan kakitangan penguat kuasa.

“Atas dakwaan kononnya operasi penguatkuasaan ini melanggar perintah Mahkamah Rayuan, ia sebenarnya tidak kerana dilakukan di luar kawasan kebun durian yang dimaksudkan yang dimiliki oleh Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn. Bhd.”

Kata beliau lagi, sebelum ini, kerja-kerja penguatkuasaan turut dilakukan di Sungai Ichat (terdapat pekebun India) dan Lembah Bertam (pekebun Cina) di Cameron Highlands serta di Kechau, Lipis (pelombong emas Melayu).

Seramai 18 orang pekebun haram durian Musang King telah ditahan dan direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang berhubung dakwaan meneroka Hutan Simpan Kekal Batu Talam, Raub, Pahang untuk menanam Musang King.

Dua adun DAP juga turut dibuka kertas siasatan terhadap mereka selepas menghalang tugas penjawat awam dalam pertikaian antara anggota Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dengan pekebun haram.

Sebelum itu pada Sabtu, 3 Julai lalu, empat ditahan menjadikan yang ditahan dalam tempoh dua hari lalu seramai 22 orang.

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang memulakan operasi memusnahkan kebun haram durian Musang King di dalam Hutan Simpan Batu Talam, bermula Sabtu lalu dan dijangka sehingga 2 Ogos depan atau selama kira-kira sebulan.

Operasi penguatkuasaan termasuk menahan mana-mana individu/pekebun yang memasuki kawasan HSK Batu Talam tanpa kebenaran, dan turut menyita apa juga barangan dan kenderaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: