Jambatan Runtuh, Jalan Lama Bentong ke Raub Tutup Disebabkan Hujan Lebat – JKR
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
RAUB, 23 Februari 2022 – Kejadian Jambatan Sungai Teras di Tranum Raub, runtuh semalam dipercayai berlaku susulan hujan lebat dari pukul 11.30 malam, menurut Ketua Polis Daerah, Superintenden Kama Azural Mohamed.
Jalan Lama Bentong ke Raub di Laluan FT218, Seksyen 24.80 berdekatan Tokong Guan Yin kini ditutup kepada semua kenderaan bermula semalam sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak, demikian kata Jurucakap Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR), Raub.
Pengguna dinasihatkan agar tidak melalui jalan tersebut dan mematuhi arahan papan tanda yang disediakan oleh JKR, jelas jurucakap JKR Raub.
“Pengguna jalan raya dinasihatkan tidak melalui jalan ini dan mematuhi arahan papan tanda disediakan JKR.”
Jabatan Kerja Raya Raub turut memaklumkan bahawa pengguna boleh menggunakan dua jalan alternatif di Laluan Utama Persekutuan FT008 antara Bentong – Raub dan FT34, Central Spine Road (CSR).
Menurut kenyataan JKR Raub, sebarang pertanyaan lebih lanjut boleh menghubungi JKR Raub menerusi talian 093554040.