Penceroboh Musang King: Pesalah Dibela Sampai Jadi Hero Oleh Orang Politik – Ustaz Masridzi Sat
RAUB, 14 Julai 2023 – “Jadi sebab itulah dalam statement ini kita minta kepada pihak berkuasa untuk bertindak tegas kepada Ahli Parlimen Raub.”
“Kita tidak mahu kenyataan-kenyataan yang dia menyokong penjenayah ini menjadi ikutan kepada pihak-pihak yang lain, bilamana pemimpin yang dalam Kerajaan berlawan sesama sendiri membela golongan pesalah sehingga golongan pesalah dinobatkan seolah-olah hero, seolah-olahnya pejuang sedangkan veteran tentera yang berjuang, NGO-NGO, anak-anak kampung, anak-anak kelahiran Pahang ini berjuang siang malam membangunkan tanah air dengan darah dan keringat mereka tak dilayan, disusahkan memohon tanah, dibuat birokrasi, ditolak permohonan dan sebagainya,” tegas Ustaz Masridzi Bin Mat, Presiden PERKID dalam satu kenyataan semalam.
BACA JUGA: 8 Plaintif Akan Kemukakan Laporan Perubatan, Sebagai Bukti Prasarana Cuai
BACA JUGA: Pencemaran Toksin Kulat Ancam Penternak Kecil
BACA JUGA: Lebih 50 NGO Bersama PEMBELA Pahang Akan Buat Laporan Polis Kes Ceroboh Hutan
Kenyataan ini dikeluarkan dalam satu himpunan di mana lebih 50 wakil NGO bersama Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) bersama-sama membuat laporan polis ke atas pimpinan DAP yang menyokong pencerobohan tanah secara haram di Raub dan penceroboh-penceroboh durian haram di Raub.
Kata Ustaz Masridzi, ramai kata pimpinan DAP dah berubah, kata DAP dah baik dan sebagainya.
“Datang ke Raub, lihat bagaimana pimpinan DAP memperjuangkan nasib penceroboh-penceroboh yang menceroboh beratus ribu ekar tanah yang ada di Pahang di Raub ini. Lihatlah ‘kebaikan’ yang dilakukan sehinggakan anak bangsa Melayu peribumi terpinggir seperti ‘kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan’.”
“Jadi sebab itu di mana kamu yang bercakap itu? Kamu lihat realitinya apa yang dibuat pimpinan ini. Mereka membela kaum mereka! Mereka menolong golongan yang dah disabit kesalahan di mahkamah! Mereka menjadi penyokong kepada penjenayah yang menceroboh! Jadi adakah pimpinan sebegini yang aku kata baik?!”
Tambah beliau lagi, jadi sebab itulah dalam statement ini kita minta kepada pihak berkuasa untuk bertindak tegas kepada Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui.
“Kita tidak mahu dia menimbulkan kebencian kaum. Kita tidak mahu kenyataannya menambah marah dan lukanya peribumi Melayu terutama penduduk di Raub ini. Kita tidak mahu kenyataannya menyebabkan berlakunya masalah gangguan keselamatan dan ketenteraman awam,” tegas Ustaz Masridzi.