Tempatan

MoU Tidak Terikat Undang-Undang – Salim Bashir

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Disember 2022 – Mantan Presiden Majlis Peguam, Salim Bashir telah membuat kenyataan mengenai hal berkenaan MoU yang ditandatangani oleh parti-parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan dengan menyatakan bahawa ianya tidak terikat dengan undang-undang.

Menurutnya, MoU tersebut tidak diikat dengan undang-undang berikutan ianya hanyalah berbentuk sebuah persefahaman dalam menunjukkan komitmen parti kepada Kerajaan Perpaduan.

Justeru itu, Salim menyatakan bahawa MoU tersebut tidak memerlukan terma yang dapat dikuatkuasakan melalui undang-undang.

Berkenaan dengan hal yang sama, seorang ahli jawatankuasa Majlis Peguam Malaysia, Andrew Khoo telah membuat kenyataan bahawa klausa keluar parti secara automatik yang terdapat di dalam MoU di antara parti-parti di dalam Kerajaan Perpaduan adalah tidak berperlembagaan.

Jumaat lalu, parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menandatangani sebuah MoU sebelum berlangsungnya sesi undi percaya pada hari ini.

Pemimpin parti politik lain yang menandatangani MoU berkenaan termasuklah Ahmad Zahid Hamidi, Abang Johari Openg, Shafie Apdal dan Hajiji Noor.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: