Tempatan

Klausa Keluar Parti Dalam MoU Tidak Berperlembagaan – Andrew Khoo

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Disember 2022 – Seorang ahli jawatankuasa Majlis Peguam Malaysia, Andrew Khoo telah menyatakan bahawa klausa keluar parti secara automatik yang terdapat di dalam MoU di antara parti-parti di dalam Kerajaan Perpaduan adalah tidak berperlembagaan.

Menurutnya, beliau juga ragu-ragu jika klausa tersebut yang terdapat di dalam MoU itu boleh dibahaskan di mahkamah.

Menurutnya lagi, kemungkinan bagi klausa keluar parti secara automatik itu dikuatkuasakan juga turut menjadi suatu keraguan.

Khoo turut menjelaskan berkenaan dengan undi tidak percaya dengan menyatakan bahawa jika seseorang itu membuat undian yang tidak selari dengan kehendak parti, ianya adalah sesuatu yang melibatkan kesetiaan dan diselesaikan secara dalaman dalam kalangan parti.

Beliau turut menyatakan tentang klausa keluar parti secara automatik yang terdapat di dalam perlembagaan mereka yang mana ianya sebenarnya boleh dicabar di mahkamah.

Menurutnya lagi, kemungkinan besar mahkamah akan mengambil keputusan bahawa parti-parti politik tidak sepatutnya mempunyai klausa sedemikian di dalam perlembagaan mereka kerana ianya telah bercanggah dengan perkara hak asasi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: