Tempatan

Isu ‘Ayam Tebuk’: Pastikan Aduan Sahih Dan Betul – JAIPk

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA KANGSAR, 31 Mac 2023 – Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Harith Fadzillah Abdul Halim menyarankan kepada mana-mana pihak yang hendak membuat aduan untuk memastikan perkara yang diadukan adalah sahih dan betul.

Kenyataan beliau ini adalah susulan daripada isu yang tersebar beberapa hari lalu berhubung ayam segar di sebuah pasar raya yang didakwa tidak disembelih mengikut syarak.

Beliau berkata, pengadu tersebut dipercayai terkeliru dalam penilaiannya berkaitan dakwaan tidak halal.

Hal ini kerana, katanya hasil daripada maklumat yang diterima daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, pengadu tersebut mengaku telah memakan ayam tersebut dan ia sekaligus menunjukkan bahawa pengadu sendiri tidak pasti bahawa ayam berkenaan tidak halal.

BACA JUGA: Ikan Buntal Bertoksin, Dilarang Jualan – KP Kesihatan

BACA JUGA: Depresi Dikalangan Kakitangan Polis, Meragut 2 Nyawa Sejak Jan 2023 – Menteri

BACA JUGA: ‘Scam’ Bazar Ramadan: CAP Gesa KPDN Ketatkan Penguatkuasaan

“Kita dapat maklumat (pengadu mengaku sudah makan ayam itu) daripada KPDN yang sudah berjaya menghubungi pengadu terbabit. Pengadu sebenarnya keliru dengan apa yang dilihat pada ayam berkenaan.”

Justeru, beliau menasihatkan mana-mana individu yang hendak mengajukan aduan agar lebih berhati-hati dengan memastikan perkara yang hendak diadUkan itu benar-benar sahih dan betul.

Beliau berkata lagi, sekiranya benar dan pasti bahawa ayam tersebut tidak halal, pengadu sepatutnya tidak memakan ayam berkenaan.

Kelmarin, KPDN Perak menafikan dakwaan bahawa ayam segar disembelih tanpa mengikut syarak di sebuah pasar raya di Kuala Kangsar.

Ia adalah berikutan dakwaan daripada seorang pengguna Facebook yang mengatakan ayam segar yang dibelinya dari sebuah pasar raya didapati terdapat kesan tebukan atau cucukan pada leher ayam tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: