Tempatan

Israk & Mikraj: Asas Manifestasi Cinta Melebihi Akal Tanpa Perlu Kepada Dalil – Syeikh Abdul Kareem Khadaied

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Februari 2023 – Israk & Mikraj ini adalah satu peristiwa atau insiden yang mengajar kita memupuk cinta yang mutlak kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW melebihi akal. Ia bukan perkara yang memerlukan kepada hanya dalil,” ujar Setiausaha Agung, Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia, Syeikh Abdul Kareem Khadaied.

Jelas beliau, di dalam peristiwa Israk dan Mikraj itu terzahirnya manifestasi cinta Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW dan cintanya Rasulullah SAW kepada Allah SWT begitu juga cintanya orang seperti Saidina Abu Bakar As Siddiq r.a yang sanggup menggadai nyawa kerana Rasulullah SAW. Peristiwa ini adalah soal cinta bukan hanya soal riwayat atau sejarah.

Beliau berkata, pada peristiwa itu ramai yang bertanya kepada Saidina Abu Bakar benarkah perkara ini berlaku? Saidina Abu Bakar tanpa sedikit keraguan pun menjawab beliau akan percaya lebih daripada itu kalau Rasulullah SAW yang katakan, kerana apa? Tak lain hanyalah kerana kecintaan beliau kepada Baginda Rasulullah SAW, itu sahaja.

Persoalan, bagaimana sambutan Israk & Mikraj relevan dalam konteks Masyarakat Madani? Abdul Kareem berkata, Masyarakat Madani semestinya menjadi satu masyarakat yang menjana kecemerlangan yang progresif dan mempunyai akhlak yang mulia serta semua ciri-ciri masyarakat Madani yang dimaksudkan.

Jadi, bila kita cakap tentang pembangunan insan untuk kecemerlangan, kemajuan ataupun pembinaan insan sebagai makhluk yang progresif sudah tentulah komponen ilmu sahaja tidak menjamin kemajuan atau kecemerlangan pengetahuan yang jitu sebab insan itu lebih daripada akal, dia ada kepercayaan dan ada cinta.

Kalau kita pergi kepada masyarakat Madani ini kita boleh ada ilmu, boleh bina bangunan besar-besar tetapi pentadbiran kita walaupun mempunyai ilmu tinggi ada diploma, ijazah dan sebagainya tetapi jika mereka tidak ada satu dorongan kehidupan yang asas kepada mencintai kebaikan, mencintai Nabi SAW maka nafsu duniawi lah yang akan menjadi kiblat kehidupan dan pembangunan yang dibuat bukan lagi mencari keredhaan Allah SWT sebaliknya hanya untuk hasil laba dunia.

Bila bercakap tentang masyarakat Madani, asas kepada masyarakat Madani itu tentu sekali cinta kepada Allah dan cinta kepada Rasul maka asas kepada pembangunan, kecemerlangan, pelajaran dan asas kepada segala-galanya termasuk asas kepada iman adalah mencintai Nabi SAW.

“Jadi jika ditanya apakah signifikan peristiwa Israk Mikraj sebagai panduan dan amalan rakyat Malaysia maka tak lain perlulah memupuk cinta kepada Rasulullah SAW bukanlah dengan akal saja untuk percaya sebuah kisah,”ujarnya mengakhiri perbualan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: