Bonda Sultan Mangkat: Terengganu Larang Sebarang Himpunan Hiburan Sampai Isnin
KUALA TERENGGANU, 04 Ogos 2023 – Kerajaan Terengganu melarang sebarang himpunan hiburan diadakan di seluruh negeri itu hingga Isnin, 07 Ogos ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, larangan dibuat bagi menghormati kemangkatan bonda Sultan Terengganu, YTM Tengku Besar Terengganu Fatimah @ Sharifah Nong Alsagoff Abdillah.
BACA JUGA: Pencemaran Bau: JAS Perluas Operasi Kenal Pasti Punca
BACA JUGA: Benarkan Wanita Berkhutbah, Solat Dengan Lelaki, Indonesia Tahan Pendakwah Agama
BACA JUGA: Hapuskan Sistem Pencen Menteri, Ahli Parlimen Yang Bertingkat – MUDA
Walau bagaimanapun, katanya, majlis atau atur cara berunsur keagamaan, pendidikan, riadah dan ilmiah masih boleh dianjurkan.
Sehubungan itu, beliau turut meminta semua pihak menghormati dan mematuhi semua arahan yang dikeluarkan.
Mengulas lanjut, tinjauan beberapa lokasi juga mendapati program ceramah anjuran parti politik negeri itu turut dibatalkan.