Tempatan

Kolej Al-Quran Bakal Dibina Tahun Hadapan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TERENGGANU, 30 Oktober 2022 – Dalam merintis jalan ke arah mewujudkan sebuah hub pendidikan Islam terunggul negara, sebuah kolej al-Quran bernilai RM370 juta dijangka akan dibina di Terengganu bermula tahun hadapan, lapor media tempatan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan, pembinaan kolej al-Quran Terengganu (KQT) itu akan dibina di kawasan seluas 121 hektar di Durian Mentangau selepas semua urusan tender oleh pihak berkaitan selesai.

“Pembinaan kampus itu bertujuan mewujudkan kembali institusi pengajian tinggi (IPT) Islam milik Kerajaan Negeri sebagai ganti kepada Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) yang menjadi kebanggaan negeri suatu masa dahulu.”

“Kita juga sedang dalam proses permohonan kepada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk menaik taraf KQT kepada kolej universiti,” katanya selepas Majlis Pecah Tanah Kampus Tetap KQT dan Bandar Baharu Lestari Durian Mentangau.

Dikatakan dalam laporan sama, kolej tersebut bakal mengambil masa dua tahun untuk disiapkan. Mengikut perancangan, fasa pertama pengambilan akan melibatkan seramai 1,000 orang pelajar, manakala, sejumlah 3,000 orang pelajar pula dapat ditampung apabila ia siap sepenuhnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: