Benarkan Wanita Berkhutbah, Solat Dengan Lelaki, Indonesia Tahan Pendakwah Agama
JAKARTA, 04 Ogos 2023 – Seorang pendakwah Muslim ditahan kerana didakwa menghina agama dengan membenarkan wanita berkhutbah dan solat di samping lelaki.
Lapor sebuah agensi berita antarabangsa, menurut pegawai Polis Negara Indonesia, Djuhandhani Rahardjo, Panji Gumilang yang mengendalikan Ma’had Al Zaytun di daerah Indramayu Jawa Barat telah ditahan pada Selasa baru-baru ini.
BACA JUGA: Ubat Batuk Beracun: Firma India Terkait Kematian Di Cameroon, Diarah Henti Pengeluaran
BACA JUGA: Hapuskan Sistem Pencen Menteri, Ahli Parlimen Yang Bertingkat-MUDA
BACA JUGA: Hakisan Tanah Kubur: Keranda Terkeluar Nampak Kain Kafan, Waris Dicari
Kata beliau, penyiasat mengambil tindakan undang-undang dan Panji ditahan di Agensi Penyiasatan Jenayah selama 20 hari.
Sekolah berkenaan yang menempatkan kira-kira 5,000 pelajar telah menerima kecaman berhubung amalannya yang membenarkan lelaki dan wanita solat bersama-sama dan juga wanita menjadi imam.
Menurut Penyelidik Indonesia di Human Rights Watch, tindakan panji yang ‘menyokong’ wanita Islam menjadi imam serta memimpin jemaah lain dalam solat adalah sesuatu yang tidak normal dalam Masyarakat Indonesia.