Tempatan

Pencemaran Bau: JAS Perluas Operasi Kenal Pasti Punca

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 04 Ogos 2023 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor akan perluaskan operasi mengenal pasti punca pencemaran bau di kilang lain dan perumahan komersial pada radius 1 kilometer dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiram dan Sekolah Agama Ulu Tiram.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri, K Raven Kumar berkata, setakat ini hasil ujian daripada sampel itu mendapati enam kilang berkenaan yang kedudukannya berhampiran dua sekolah tersebut bukan punca pencemaran bau.

“Semua enam kilang tersebut adalah kilang yang sah dan bukan beroperasi secara haram. JAS akan perluaskan operasi mengenal pasti punca pencemaran ini di kilang lain dan perumahan komersial pada radius 1 kilometer (km) dari dua sekolah tersebut.”

BACA JUGA: Hapuskan Sistem Pencen Menteri, Ahli Parlimen Yang Bertingkat – MUDA

BACA JUGA: Hakisan Tanah Kubur: Keranda Terkeluar Nampak Kain Kafan, Waris Dicari

BACA JUGA: 1.2 Juta Warga China Hilang Dalam Malaysia: KDN Diberi Tempoh Seminggu Jawab Surat – CIJ

“Operasi ini akan dilakukan selama seminggu. Usaha ini dilakukan selepas pihak JAS melakukan pemeriksaan dan pemantauan di kilang, sungai, tapak pelupusan dan kawasan berhampiran dua sekolah.”

“JAS juga mendapati bacaan dan kualiti air serta udara di situ adalah normal dan tiada lagi bau busuk,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Balai Raya Sungai Tiram pada Khamis, selepas melakukan lawatan di SK Ulu Tiram dan sebuah kilang yang menjalankan aktiviti menyimpan serta memproses minyak sawit enap cemar atau sludge palm oil (SPO) di Kampung Sungai Redan.

Terdahulu media melaporkan, seramai 28 murid, guru, kerani dan pekerja kantin di dua sekolah terbabit mengalami pening dan muntah-muntah akibat pencemaran bau dipercayai daripada bahan kimia dengan tiga daripadanya dikejarkan ke klinik kesihatan.

Pemeriksaan lanjut turut mendapati pencemaran itu menjejaskan 11 orang lagi mangsa iaitu adalah penduduk dari kampung berdekatan dua sekolah tersebut.

Menurutnya, bagaimanapun semua mangsa yang mengalami gejala pening dan muntah-muntah itu tidak dimasukkan ke wad di mana-mana hospital.

Keadaan juga telah dilaporkan kembali normal pada Khamis dan sekolah terbabit sudah dibuka seperti biasa tetapi pihak JAS akan memantau dan meneruskan usaha mengesan punca pencemaran bau tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: