Tempatan

‘Pintu Pagar’ Ke India Penyebab China Datang Ke Alam Melayu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Februari 2023 – Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Solehah Yaacob berkongsi mengenai Alam Melayu yang menjadi ‘pintu pagar’ (Gate Keeper) antara China dan India sehingga menjadi penyebab orang-orang dari China datang ke Alam Melayu.

Menurut penjelasan beliau, orang-orang dari China tiada kehendak untuk datang ke Alam Melayu tetapi mereka datang kerana ketika itu Alam Melayu menjadi pintu pagar atau laluan mereka yang pada masa itu berhasrat untuk ke India bagi mempelajari agama Buddha.

BACA JUGA: Lepas Hina Nabi Muhammad SAW, Charlie Hebdo Terkini Perolok Bencana Gempa Turkiye

BACA JUGA: Bajet 2023: Galen Centre Cadang Mansuh Caj Hospital Kerajaan

BACA JUGA: Selsema Babi: Kerajaan Mesti Benarkan Babi Rentas Negeri

“Maharaja China pada ketika itu suka sangat kepada agama buddha yang diasaskan di kawasan India itu, jadi mereka menghantar pendeta-pendeta cina untuk belajar lebih dalam lagi tentang agama buddha.”

Justeru, ketika perjalanan orang-orang dari negara China ini, mereka terpaksa singgah di Alam Melayu dan kemudiannya mereka melihat satu peluang besar yang ada di Alam Melayu.

Orang-orang dari China juga mendapati bahawa di Alam Melayu wujudnya emas, kayu-kayu, gaharu dan sebagainya, yang mana ia juga merupakan tempat pelabuhan yang sibuk.

Dalam pada itu, arkeogeologis, Datuk Dr Mokhtar Saidin mendedahkan bahawa hasil penyelidikannya di Sg Batu menunjukkan, telah wujud satu industri peleburan di Sg Batu pada 788 Sebelum Masihi.

Mengulas lanjut, menurut beliau, rekod di Kedah menyatakan, sewaktu pemerintahan Sultan Kedah ke-22, pada tahun 1804-1945, timah dan besi merupakan antara bahan eksport utama ketika itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: