Lepas Hina Nabi Muhammad SAW, Charlie Hebdo Terkini Perolok Bencana Gempa Turkiye
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PERANCIS, 08 Februari 2023 – Majalah Perancis, Charlie Hebdo yang terkenal dengan karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W baru-baru ini diselar kerana memperolok bencana gempa bumi yang menimpa Turkiye, lapor sebuah berita Timur Tengah.
Menurut Agensi Berita Anadolu, majalah tersebut telah membangkitkan kemarahan susulan karikatur terbarunya yang seolah mengejek Turkiye selepas negara itu ditimpa dua bencana gempa bumi sehingga meragut ribuan nyawa.
BACA JUGA: DAP Gesa PM Olah Tatacara Pakaian Pejabat-Pejabat Kerajaan
BACA JUGA: Perkampungan Haram PATI: Badan Asing Tiada Hak Persoal Isu Kedaulatan Malaysia
BACA JUGA: Menyambut Sejarah Bangsa Bukan Rasisme
Karikatur berkenaan disiarkan di Twitternya baru-baru ini dengan tajuk “kartun hari ini” dengan menunjukkan paparan bangunan hampir runtuh yang terletak dalam lingkungan runtuhan, sebuah kereta terbalik dan timbunan serpihan selepas gempa bumi.
Dalam karikatur itu juga ada ditulis “Gempa bumi di Turkiye” beserta perkataan “Tidak perlu menghantar kereta kebal.”
Rata-rata warga maya menyuarakan kekecewaan serta kemarahan mereka kepada majalah berkenaan di kala usaha untuk menyelamatkan mangsa gempa bumi itu sedang dijalankan.
Institut Bosphorus yang juga sebuah badan pemikir bebas yang berpangkalan di Perancis turut menyelar karikatur tersebut dengan menyifatkan ia sebagai “memalukan, kasihan dan menyedihkan.”
“Kartun ini tidak lain hanyalah memalukan,” kata Francois Burgat, seorang saintis politik di Pusat Penyelidikan Saintifik Kebangsaan Perancis.
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan setakat malam tadi memaklumkan, gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria baru-baru ini telah mencatatkan lebih daripada 11,000 angka kematian dengan lebih kurang 8,574 maut di Turkiye manakala lebih kurang 2,530 pula maut di Syria.