Tempatan

Kedatangan Orang Lembah Indus Ke Alam Melayu Kerana Mencari Emas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Februari 2023 – Bermulanya kedatangan pelombong emas dan peniaga dari Lembah Indus atau India ke Alam Melayu adalah untuk mencari emas, jelas Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Solehah Yaacob.

Tambah beliau, perkataan India itu berasal dari perkataan ‘ Indus’ dan telah digunakan semenjak 2000 tahun sebelum masihi sehingga zaman Herodotus sekitar kurun ke 5 sebelum masihi. Adapun sekitar kurun ke 3 hingga ke 2 sebelum masihi iaitu di waktu pemerintahan Empayar Mauryan (321-187 sebelum Masihi) pelombong-pelombong emas dari Lembah Indus (India) datang untuk mencari emas di Alam Melayu, susulan emas yang mereka perolehi dari Siberia sentiasa dicuri oleh penjahat-penjahat dari kalangan orang-orang Sumeria, yang ada di sekitar Iraq.

BACA JUGA: Bajet 2023: Galen Centre Cadang Mansuh Caj Hospital Kerajaan

BACA JUGA: Diplomat Utama EU Berjiwa Rasis- Menteri Luar Rusia

BACA JUGA: KKM Tutup Restoran Makanan Segera Kota Kemuning

Orang Lembah Indus mempunyai mitos iaitu untuk mengekalkan kekuasaan, mereka mesti mengumpul sebanyak mungkin emas.

Justeru, rakyat jelata bertungkus lumus pergi merata tempat, mencari mengambil emas di tempat orang, termasuk ke Alam Melayu, ujar Prof Solehah.

Selain itu, apabila sampai ke Alam Melayu, orang-orang Lembah Indus juga melihat peluang berdagang di Alam Melayu, maka mereka juga mula berdagang.

Prof Solehah menjelaskan, dahulu India dipanggil Lembah Indus kerana berlaku banjir besar yang menemukan sungai Gangga, sungai Yamuna (Jamuna) dan sungai Indus, maka wujudnya tamadun indus sekitar zaman tembaga (Bronze Age civilization).

Walau bagaimanapun, selepas kedatangan British perkataan ‘India’ muncul dalam penulisan Inggeris klasik sekitar kurun ke 9 masihi dan dalam penulisan moden Inggeris sekitar kurun ke 17 masihi. Apabila British membina Syarikat Hindia Timur (British East India Company) untuk urusan pentadbiran di antara Engkland dan Indus.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: