Tempatan

Sambutan Hari Peradaban Melayu, Mengembalikan Jati Diri Bangsa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 31 Januari 2023 – “Kesedaran mengenai Warisan Sejarah dan Tamadun Melayu amat penting bagi mengembalikan jati diri orang Melayu sebagai pemilik asal bumi ini,” ujar Profesor Falsafah Nahu Arab, UIAM Pengkhususan Kajian Tamadun Islam sebelum Masihi, Profesor Dr Solehah Yaacob.

“Perkara ini juga menjadi sangat penting supaya anak-anak Melayu tahu bahawa Tamadun Melayu itu hebat namun telah ditutupi oleh penjajah,” tegasnya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan tentang kenapakah pentingnya untuk orang Melayu cakna warisan sejarah dan budaya Melayu selain wajib menghadirkan diri pada Sambutan Hari Peradaban Bangsa Melayu yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Jelas beliau, hakikatnya Tamadun Melayu ini dikenali sebagai Tamadun Kuno Champa-Melayu yang bermula dari Funan, Selatan Thailand, Acheh sehingga keseluruhan banjaran TitiBangsa/Titiwangsa Semenanjung Malaysia.

“Di mana ia telah diiktiraf oleh sejarah dunia telah muncul semenjak 1500 sebelum Masihi lagi, namun maklumat ini tidak terdapat di dalam buku-buku sejarah kita.”

Menurutnya, apa yang ditulis di dalam buku-buku sejarah hanyalah bermula sekitar tahun 670 AD tentang kemunculan kerajaan Sribijaya/Srivijaya.

Manakala, buku-buku tulisan Orientalis pula hanyalah menceritakan sejarah yang hanya bermula sekitar kurun ke-4 Masihi apabila menyebut kedatangan orang-orang India dari Lembah Indus dan China dari Tanah Besar China ke bumi Alam Melayu.

Walhal, Profesor Dr Solehah Yaacob berkata, tamadun ini telah lama bermula. Persoalannya, di mana data-data selepas 1500 sebelum Masihi hingga kurun 1 Masihi?” soal beliau.

Jelasnya lagi, data-datanya ada tapi telah dilupuskan bertujuan untuk menghilangkan jati diri orang Melayu.

Hasilnya, generasi Melayu baru tidak mengetahui sejarah asal leluhur mereka. Ini cukup bahaya, memandangkan teknologi yang semakin pantas ini sudah tentu menenggelamkan siapa kita dan hakikat leluhur bumi kita.

“Saya harap pengunjung yang hadir pada Sambutan Hari Peradaban Bangsa Melayu nanti dapat mengutip sebanyak mungkin fakta dan data-data yang disediakan pada acara itu kelak,”katanya.

Tambahnya, kita juga akan dapat mengetahui Tamadun Melayu Kuno sudah lama wujud bukti terkini kawasan perlombongan Sungai Batu telah wujud semenjak tahun 788 sebelum Masihi. Bukti arkeologi ini juga telah mengiyakan kenyataan di atas bahawa 1500 sebelum Masihi, Tamadun Champa-Melayu sudah ada.

Justeru, mari kita beramai-ramai memulakan langkah baru untuk mengenali siapa datuk nenek kita dan apa keturunan asal kita. Supaya bumi yang dipijak tidak menjadi milik orang,” tegasnya mengakhiri perbualan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: