Salah Faham Sambutan Hari Wilayah Wajar Dibetulkan – Peguam Senior, Haniff Khatri Abdulla
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 01 Februari 2023 – “Salah faham sambutan Hari Wilayah Wajar dibetulkan kerana sambutan Hari Wilayah adalah berlainan dan ia tidak termasuk Sabah dan Sarawak seperti yang difahami umum sebelum ini. Mereka adalah Wilayah Otonomi bukan Wilayah Persekutuan, bukan Wilayah Persekutuan Labuan bukan juga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga bukan Wilayah Persekutuan Putrajaya,” ujar Peguam Senior, Haniff Khatri Abdulla.
Menurutnya, itu semua termasuk dalam Wilayah Persekutuan, Kerajaan Pusat. Di mana Selangor berbesar hati ambil sebahagian wilayahnya dan bagi jadi Ibukota pada tahun 1957 kemudian pada tahun 1974 membenarkan ia menjadi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bukan menjadi milik negeri mereka lagi.
Begitu juga dengan Putrajaya di zaman Tun Mahathir, Selangor sekali lagi berikan tanah mereka keluar daripada negeri Selangor kepada Kerajaan Persekutuan dan sudah tentu dengan bayaran dan sebagainya.
Tambahnya, Sabah juga memberikan Labuan yang kini berada dibawah Kerajaan Persekutuan dan bukan sebahagian Sabah lagi. Ia umpama Sabah berbesar hati memberi sebahagian hadiah untuk dijadikan Wilayah Persekutuan supaya Kerajaan Persekutuan boleh urus tadbir secara terus isu kewangan offshore, sebab kewangan semua di bawah Persekutuan takkanlah nak melalui negeri.
BACA JUGA: Diplomat Utama EU Berjiwa Rasis- Menteri Luar Rusia
BACA JUGA: KKM Tutup Restoran Makanan Segera Kota Kemuning
BACA JUGA: Bajet 2023: Galen Centre Cadang Mansuh Caj Hospital Kerajaan
Beliau berkata, Sambutan Hari Wilayah ini bukan untuk Sabah dan Sarawak. Hari Wilayah mula disambut pada 1980 setiap 1 Februari kalau tak silap saya. Selepas ditubuhkan Wilayah Persekutuan 1974 baru dibuat Hari Wilayah Persekutuan bukan dibuat untuk Sabah dan Sarawak dan kita tidak boleh kelirukan rakyat.
Jelasnya, Hari Wilayah ini langsung tidak ada kaitan dengan Sabah dan Sarawak jangan sendakan mereka. Mereka menyambut Hari Malaysia dan sebab itu juga diwujudkan Hari Malaysia. Sebab, Sabah dan Sarawak itu tidak merdeka dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.
Jadi, Hari Kemerdekaan mereka tidak ada semangat sambutan kerana ia tidak ada sangkut paut dengan Sabah dan Sarawak. Bila merdeka dicapai oleh Sabah dan Sarawak pada tahun 1963 maka barulah wujud Malaysia.
Jadi jika ditanya, apakah kaitan Sambutan Hari Wilayah dengan Sabah dan Sarawak jawapannya ialah tidak ada kena mengena. Nak sambut apa, biarlah Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang sambut. Sebab itu, di Selangor masih ada yang bekerja pada Hari Sambutan Wilayah Persekutuan.
Maka sampai masanya, mengiktiraf Sabah dan Sarawak sebagai Wilayah Otonomi. Sebenarnya perlu berani menggunakan perkataan yang betul iaitu Wilayah Otonomi Khas atau Wilayah Khas Sabah dan Sarawak, Special Territory Sabah, Special Territory Sarawak tetapi tetap sebahagian daripada Malaysia.
Haniff menjelaskan, Malaysia ini dari segi matematikanya adalah tiga bahagian yang bergabung menjadi Malaysia. Satu adalah Malaya, Semenanjung Tanah Melayu, bukannya Kedah, Perlis, Perak, tidak. Itu berasingan dan wujud sebelum Kerajaan Malaya. Kerajaan Persekutuan 1963 semua itu bergabung menjadi satu dan mereka itu tidak boleh dianggap sebagai berbeza. Pasangan kedua adalah Sabah dan pasangan ketiga adalah Sarawak, jadi kalau Sabah dan Sarawak sama dengan Negeri Persekutuan bukan dengan Perlis, Kedah, Perak, Johor macam mana Perlis, Kedah, Perak, Johor boleh menganggap sama macam Sabah dan Sarawak.
Seandainyalah, sekarang ini memang sah Kerajaan Persekutuan tidak mematuhi Semangat Perjanjian Malaysia 1963, jadi kalau perkara ini tidak ingin diperbetulkan secara baik demi kebaikan negara seperti mana yang diminta oleh Sabah dan Sarawak sudah bertahun-tahun, kalau tidak dibuat secara baik dalam tempoh terdekat maka Sabah dan Sarawak atau mana-mana salah satu mereka boleh mengisytihar keluar daripada Malaysia. Sebab atas dasar sudah 60 tahun memungkiri perjanjian.
“Kita secara tak langsung rakyat Semenanjung telah menzalimi sahabat-sahabat dan saudara kita di Sabah dan Sarawak. Dari sudut Islam itu tidak adil, maka itu kita perlu tentang ketidakadilan dan kezaliman. Walaupun, hilang Sabah dan Sarawak tidak sama macam Kedah, Perak. Tetapi yang mana lebih penting, harta, hak ataupun penindasan kepada sahabat dan saudara kita di sana,” soalnya.